Monday, 16 November 2015

NAFSU

NAFSU. Nafsu bermaksud kecenderungan atau dorongan yang kuat. Iaitu keinginan terhadap sesuatu yang sangat kuat. Nafsu boleh terbahagi kepada banyak keinginan. Contohnya keingingan terhadap makanan, keinginan terhadap barang-barang mahal dan sebagainya. Di sini saya ingin mengupas tentang hawa nafsu. Apabila dah ditambah dengan perkataan hawa, maksudnya juga berubah. HAWA NAFSU, biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan. Nafsu syahwat pula berarti keberahian atau keinginan bersetubuh. 
  Ada sekolompok orang menganggap hawa nafsu sebagai "syaitan yang tinggal di dalam diri manusia," yang bertugas untuk menyuruh manusia kepada pengingkaran. Mengikuti hawa nafsu akan membawa manusia kepada kerosakan.. Hawa nafsu yang tidak dapat dikendalikan juga dapat merosak potensi diri seseorang dan merosakkan imej diri mahupun seisi keluarga.
  Setiap orang telah diciptakan dengan potensi diri yang luar biasa. Tetapi dengan adanya hawa nafsu boleh merosakkan potensi diri yang sedia ada. Potensi di sini ialah  ketenteraman, kesucian, kesejahteraan dan lain-lain lagi. Maka dari itu, menyucikan diri atau mengendalikan hawa nafsu adalah harus bagi setiap orang. Kebahagiaan dalam mampu tercapai dengan mengikut jalan Allah S.W.T
  Terdapat sesetengah remaja yang masih tidak dapat mengawal hawa nafsu dan melakukan benda yang Allah murka sehingga berlaku benda yang tidak diingini. Jadi berlaku lah pembuangan bayi. Masalah ini semakin berleluasa dan pihak yang berkenaan perlu meningkatkan lagi tindakan supaya dapat mengatasi masalah ini. 





No comments:

Post a Comment