Monday, 23 November 2015

Emosi

marah               senyum           Emosi          Manusiasedih                 malu ketawa             nangis


     Disebabkan minggu ni bagi pilihan untuk tema blog and aku amik tikam sebagai tema blog minggu ini. So aku buat emosi sebagai salah satu blog bebas aku untuk minggu ini. Dah takde tajuk nak tulis and takde perkara yang menarik untuk ditulis. So, kembali kepada tajuk emosi. Manusia bukan sahaja perempuan yang ada emosi kan ?? Kanak-kanak, lelaki, orang tua semua ada emosi. Tapi aku nak cerita pasal emosi yang tak stabil mengenai si bunga .






     Emosi perempuan sangat lah tak stabil semasa period. Sebagai permpuan yang telah period, Opppss, saya sendiri juga mengalami masalah yang sama seperti perempuan yang lain di luar sana. 
     
     Pakar perunding obstetrik dan ginnekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak disedari oleh ramai wanita. Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh orang yang berada disekililing kita sebagai contoh, adik beradik mahupun pasangan kita. Menurut beliay juga, salah satu aspek yang mungkin difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekililingnya, ialah emosi seorang wanita.

" Ini kerana emosi dan perasaan seorang wanita banyak dinpengaruhi oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.
" Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca mengapa wanita bekelakuan begitu semasa period, katanya.
















Tikam


TIKAM



     Tikam. Mungkin ramai yang akan tulis pasal tikam belakang. Bunuh kawan sendiri. Tikam dari belakang. Kawan makan kawan. Kawan tak guna. Kawan tak kenang budi. Okey dah melalut. Haha Topik minggu ini tikam. Tapi aku ta nk tulis pasal tikam yang bunuh-bunuh tu. Sebab kadang-kadang aku sangat lah tak suka yang thriller yang menakutkan tu. Masa sir umumkan tajuk minggu ini TIKAM, dalam kepale otak terus terbayang kan zaman kanak-kanak dulu.

     So, aku nak cerita kan pasal permainan tikam tikam yang agak popular pada zaman aku kecik-kecik dulu. Sape yang masih ingt lagi angkat tangan. Well for sure lah tak nmpk haha. 



    Amacam ?? Teringat tak zaman zaman dahulu kala. Time tu tikam-tikam ni hanya ada dijual dekat kedai runcit yang selalu jual jajan-jajan. Lepas balik sekolah mesti singgah kat kedai dulu. Sanggup makan 50 sen je tok beli tikam. Ikut luck jugak lah kadang-kadang. Yang gambar di atas ni tikam mainan. Ada lagi 1 tikam tu tikam duit. Yang itu syokk sebab dengan melabur sebanyak 20sen tok 1 tikaman, dengan mempunyai nasib yang baik, mendapat pulangan sebanyak beberapa ringgit. Merupakan pelaburan pada zaman dahulu. Haaha. Tapi dulu masih ingt, beli tikam duit dapat RM 1 tapi beli balik tikam sebanyak 5 tikaman. Tapi dalamlima-lima tikaman tu, 1 pon tak dapat. Rugi. 
  
    Tapi sayang, permainan tikam-tikam dah pupus, budak yang lahir pada tahun 20 an tak dapat jumpa mainan ini. huhu






























Monday, 16 November 2015

Big Bad Wolf

First impresion tentang big bad wolf, ade serigala yang jahat maybe dekat pameran itu. First time dengar time form 3 tak silap. Time tu buat dekat kl tak silap. And dengan excited nya pergi ajak babah pergi. Ingat lagi siap merajuk sebab babah tak nak bawak pegi. Sebab kan dah 2 hari merajuk, babah pun dengan terpaksa layankan aje anak die ni haa.. Try lah search kat internet, ruoenya pesta buku besar-besaran. Time tu zaman remaja sangat lah minat bace novel cinta yang tebal-tebal. Bile dapat tahu pesta buku, lagi excited lah time tu. Ape lagi mengira mase je nak pegi. Time pegi tu siap bawak lagi 2 beg ekstra untuk siumpan buku yang dibeli.
  Sampai-sampai je memang pesta buku betul. Time tu baru first time pergi pesta buku. Memang minat bace buku sebab dari kecil lagi bace story book. Sampai bace pakai lampu tidur sebab babah pakse tido. Suke bace buku sampai tengah malam. Ada yang tak tido pon pernah sebab nak cepat habis kan cerita tu Balik pada big bad wolf, sampai je kat situ, heaven giler. banyak section and taktau nak pegi section yang mana satu. Rambang mata. Orang sangat lah ramai. and budak kecik tu tak reti nak duduk diam. Banyak novel,m remaja dengan harga yang murah. and aku sangat lah teliti dalampilih buku sampai bace setiap buku pnye novel. Yang menarik baru beli,. Ada 1 buku omputeh, sampai sekarang tak bace sebab tak faham haha,

My twin



Aku Syazwanizah Fatini Binti Izzuan anak yang pertama dalam keluarga. Adik aku Syasya farzana Binti Izzuan. Beza umur kami 4 tahun dan jarak antara anak ke2 dengan yang last 8 tahun. Kami berdua sangatlah rapat kerana beza umur yang hanya 4 tahun dan sebab sama-sama perempuan. Dulu mase kecik  ramai yang ingat kembar muke same, and ibu selalu belikan baju yang sama. Sebijik macam kembar. Even aku kakak tapi dia sangat lah tinggi and tinngi dari aku. Kurus lagi. Tetapi aku pula ikut ibu pendek+gemuk.
  Kiteorabg kadang-kadang gaduh jugak. Bak kata ibu, kalau baik tu, baik sangat. Bile dah gaduh macam musuh. Tak ingat dah adik. Tapi bak kata pepatah, air yang dicincang tak kan putus kan. So walaupun gaduh, tak sampai 1 hari pon. dah berbaik semula. Setiap pergaduhan akan merapatkan hubungan kami adik-beradik.
  Jadi, dia lah kawan, dialah sahabat, dia lah kembar, dialah teman gossip, teman dating, teman wayang, teman gusti, teman James Bond 007, dielah segalanya. I love you sis !!

Cuti

Cuti. Mesti semua orang dalam dunia ni bahagia bile dengar perkataan CUTI terutamanya budak sekolah, budak universiti. Mase cuti ni lah kita dapat tinggalkan aktiviti seharian kita dan ambil peluang untuk rehatkan diri. Mase ni jugak lah student-student yang dududk asrama dapat luangkan mase dengan family dan kawan-kawan. Tak kurang jugak dengan pekerja-pekerja, mereka selalu dapat cuti umum. 
  Minggu lepas aku cuti midsem. Kerane ptptn tak dapat lagi, and aku takde punca pendapatan yang tetap melainkan dari parents, aku memenuhi mase cuti aku dengan bekerja dengan makcik aku yang mempunyai kedai makan. 
  Sebelum ini pon aku pernah kerje dengan makcik aku, so aku tak lah keko mane pada hari pertama, cume masih belum cekap seperti pekerja aku. Mase bekerja hanya sampai pukul 5 sahaja. Lepas balik keje, kerane terlalu penat, so aku mandi and tidur sampai maghrib. Pada waktu malam pula, luangkan masa dengan adik-adik dengan menonton televisyen. Disebabkan aku rapat dengan adik-adik, kami bertiga pon tidur di ruang tamu bersama-sama. Hmmm walaupun baru sehari tak jumpe mereka, sudah rindu 200% dah ni. hihi

NAFSU

NAFSU. Nafsu bermaksud kecenderungan atau dorongan yang kuat. Iaitu keinginan terhadap sesuatu yang sangat kuat. Nafsu boleh terbahagi kepada banyak keinginan. Contohnya keingingan terhadap makanan, keinginan terhadap barang-barang mahal dan sebagainya. Di sini saya ingin mengupas tentang hawa nafsu. Apabila dah ditambah dengan perkataan hawa, maksudnya juga berubah. HAWA NAFSU, biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan. Nafsu syahwat pula berarti keberahian atau keinginan bersetubuh. 
  Ada sekolompok orang menganggap hawa nafsu sebagai "syaitan yang tinggal di dalam diri manusia," yang bertugas untuk menyuruh manusia kepada pengingkaran. Mengikuti hawa nafsu akan membawa manusia kepada kerosakan.. Hawa nafsu yang tidak dapat dikendalikan juga dapat merosak potensi diri seseorang dan merosakkan imej diri mahupun seisi keluarga.
  Setiap orang telah diciptakan dengan potensi diri yang luar biasa. Tetapi dengan adanya hawa nafsu boleh merosakkan potensi diri yang sedia ada. Potensi di sini ialah  ketenteraman, kesucian, kesejahteraan dan lain-lain lagi. Maka dari itu, menyucikan diri atau mengendalikan hawa nafsu adalah harus bagi setiap orang. Kebahagiaan dalam mampu tercapai dengan mengikut jalan Allah S.W.T
  Terdapat sesetengah remaja yang masih tidak dapat mengawal hawa nafsu dan melakukan benda yang Allah murka sehingga berlaku benda yang tidak diingini. Jadi berlaku lah pembuangan bayi. Masalah ini semakin berleluasa dan pihak yang berkenaan perlu meningkatkan lagi tindakan supaya dapat mengatasi masalah ini. 





Tuesday, 3 November 2015

Midterm Exam

   Pejam celik pejam celik dah setengah sem dah aku belajar dekat ukm ni. Sekejap je mase berlalu, tak lame lagi final dah. Midterm dah 2 paper dah aku amik. Hmm. Menyesal pon ade sebab selame ni buat endah tak endah je dengan lecturer yang mengajar dekat kuliah. Kadang2 tak sedar lagi, selalu leka mentang-mentang wifi laju dekat bilik.
   Hari sabtu lepas aku amik paper Makroekonomi. Memang dah agak dah akan ade banyak bende yang aku lupe. Banyak gak formule yang tunggang - langgang even semue soalan jawab. Tapi taktahu lah sama ada betul atau tak. Menyesal tak sudah lepas tu. Minggu ni start focus 100% dalam kuliah. Konon ye lah. haha
   First time tengok orang amik paper sempoi gitu. I mean dengan pakaian tak formal ye, dengan bedal pencil case boleh bawak masok sekali, dengan tak payah pakai kad matrik bagai. Kat matrik dulu macam2 peraturan kene ikut. Buat kite tak selase. Tapi 1 je aku tak berape suke, bak kata haidir Sejuk Nak Mateyy.. Haha. sampai tangan dah kebas tak ley nak tulis. Aku harap result aku takde lah teruk mane untill kene repeat paper. Amin